Search Header Logo

Kuiz RBT Tahun 6

Authored by MOHD Moe

Life Skills

5th Grade

Kuiz RBT Tahun 6
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

13 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Antara berikut, yang manakah contoh perkakas elektromekanikal?

Media Image
Media Image
Media Image
Media Image

Answer explanation

Perkakasan elektromekanikal ialah alat yang bergerak atau berfungsi menggunakan gabungan komponen elektrik, komponen elektronik dan bahagian mekanikal.

Contoh komponen elektrik : Motor dan plag 3-pin

Contoh komponen elektronik : Sensor dan mikropengawal

Contoh komponen mekanikal : Gear, gegancu dan rantai

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Apakah fungsi sensor ultrasonik dalam robotik?

Mengukur suhu

Menghasilkan cahaya

Menyimpan data

Mengesan halangan menggunakan gelombang bunyi

Answer explanation

Sensor ultrasonik digunakan dalam banyak alat untuk mengesan halangan atau objek yang ada berhampiran.

Contohnya, sensor ini dipasang di belakang kereta. Bila ada objek atau orang di belakang, sensor akan berbunyi sebagai amaran.

Selain itu, pintu automatik di pasar raya juga guna sensor ultrasonik. Bila sensor kesan ada orang dekat, pintu akan terbuka sendiri.

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Apakah kelebihan utama menggunakan tenaga solar dalam sistem robotik?

Menjimatkan sumber tenaga

Memberikan kebebasan bergerak

Memerlukan lebih banyak ruang

Robot lebih berkuasa dan berfungsi lebih baik

Answer explanation

Dengan menggunakan tenaga solar, robot boleh menjimatkan tenaga bateri. Asalkan ada cahaya matahari, robot boleh bergerak tanpa guna banyak tenaga bateri. Jadi, bateri tak cepat habis dan robot boleh bekerja lebih lama!

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Berikut merupakah contoh teknik penanaman secara hidroponik. Apakah kelebihan utama tanaman hidroponik?

Tidak memerlukan tanah dan menjimatkan air

Boleh menanam pokok-pokok besar seperti durian dan kelapa

Tanaman tumbuh lebih lambat

Memerlukan ruang yang besar

Answer explanation

Teknik penanaman hidroponik ialah cara menanam pokok tanpa guna tanah.

Teknik ini tidak perlukan ruang yang besar.

Kita hanya perlu:

  • 1. satu bekas polistren

  • 2. pasu kecil

  • 3. air baja (dipanggil larutan nutrien)

Dengan bahan ini, kita sudah boleh tanam sayur secara hidroponik!

🌱 Tapi, cara ini tak sesuai untuk pokok besar.
🥬 Kalau nak tanam sayur seperti bayam dan salad, memang sangat sesuai !

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Dalam sistem akuaponik, apakah peranan ikan?

Menjadi makanan untuk tumbuhan

Membunuh serangga perosak

Menghasilkan najis sebagai nutrien untuk tumbuhan

Menyerap oksigen dari air

Answer explanation

Dalam teknik penanaman hidroponik, tumbuhan diberi air baja khas yang dipanggil larutan nutrien supaya ia boleh membesar walaupun tanpa tanah.

Tapi dalam teknik akuaponik, ikan pula yang bantu beri baja kepada tumbuhan.


Bagaimana?


🐟 Ikan akan buang tahi ke dalam air, dan tahi itu mengandungi bahan nutrien yang bagus untuk tumbuhan.


🌱 Jadi, tumbuhan akan guna air itu sebagai baja!

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Apakah nama teknik pertanian yang menggabungkan penanaman sayur dengan pemeliharaan ikan dalam satu bekas (ekosistem)?

Akuaponik

Hidroponik

Bekas pengairan kendiri

Penanaman secara konvensional

Answer explanation

Perkataan "akua" bermaksud hidupan air, seperti ikan.


Perkataan "ponik" pula bermaksud penanaman tumbuhan.

Bila kita gabungkan dua perkara ini — ikan dan tumbuhan, kita dapat satu teknik yang dinamakan:

🌿🐟 Akuaponik

Akuaponik ialah cara menanam tumbuhan dengan bantuan ikan.


Ikan tinggal dalam air dan akan buang sisa (tahi).
Sisa ini akan jadi baja semula jadi untuk tumbuhan!

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Apakah fungsi pam air dalam sistem penanaman secara hidroponik?

Menyejukkan akar tumbuhan

Mengedarkan larutan nutrien ke akar tanaman

Membunuh bakteria

Menghasilkan cahaya untuk fotosintesis

Answer explanation

Media Image

🌱 Cara-Cara Penanaman Hidroponik

Teknik penanaman hidroponik mempunyai beberapa cara.

  1. 1. Akar Direndam Terus dalam Larutan Baja

    • Dalam cara ini, akar pokok direndam terus ke dalam air baja (larutan nutrien).

    • Pokok akan menyerap nutrien melalui akar secara langsung.

    • Namun, jika akar terlalu lama terendam tanpa oksigen, ia boleh rosak atau busuk.

  2. 2. Menggunakan Pam untuk Menyalurkan Air Baja

    • Teknik ini menggunakan pam air untuk menyedut larutan baja dan mengalirkannya ke akar tumbuhan.

    • Akar tidak sentiasa berada dalam air, jadi ia mendapat lebih oksigen dan kekal sihat.

    • Kaedah ini lebih baik untuk kesihatan akar kerana air hanya dialirkan bila perlu.

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?