
Ayat Sama Maksud
Authored by Cikgu Ikhwan
World Languages, Life Skills, Education
1st - 7th Grade
Used 285+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
20 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Adib meminta Amir menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Amir diminta oleh Adib agar menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Amir akan menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sekiranya Adib menyuruhnya berbuat demikian.
Adib menggalakkan Amir menjalani pemeriksaan yang lebih serius di Hospital Kuala Lumpur.
Jika keadaan menjadi lebih serius, Adib meminta Amir menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Shila gembira mengikut Puteri pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
Cara hidup kaum nelayan membuatkan Shila dan Puteri gembira berada di kampungnya.
Shila gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila mengikuti Puteri pulang ke kampungnya.
Puteri berasa gembira pulang ke kampung Shila dan berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
Kaum nelayan berasa gembira mengikuti Shila dan Puteri pulang ke kampungnya.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Bersiap sedialah kamu menghadapi ujian hujung tahun nanti," kata Cikgu Ikhwan kepada murid-muridnya.
Cikgu Ikhwan berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian hujung tahun.
Murid-murid meminta Cikgu Ikhwan mengadakan ujian pada hujung tahun.
Murid-murd diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Ikhwan pada hujung tahun ini.
Cikgu Ikhwan meminta murid-muridnya bersedia untuk menghadapi ujian hujung tahun yang akan datang.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video oleh guru disiplin.
Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat permainan video.
Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah
di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video kerana tidak berdisiplin.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Kami tidak kering gusi mendengar ceritanya yang lucu itu.
Gusi kami senantiasa basah kerana geli hati mendengar ceritanya.
Ceritanya yang lucu itu mencuit hati kami.
Ceritanya yang lucu itu membuatkan kami ketawa sepanjang masa.
Kami tidak henti-henti ketawa mendengar ceritanya yang lucu itu.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Adik tidak gemar akan sayur kerana rasanya pahit.
A. Menurut adik, dia tidak gemar akan rasa pahit pada sayur.
B. Rasa pahit yang menyebabkan adik tidak suka akan sayur.
C. Adik tidak gemar akan makanan yang pahit seperti sayur.
D. Adik tidak suka sayur yang pahit.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
2 mins • 1 pt
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Sila beratur dalam dua barisan, murid-murid," kata Cikgu Azizah.
Murid-murid yang beratur dalam dua barisan mempersilakan Cikgu Azizah.
Murid-murid Cikgu Azizah diminta beratur dalam dua barisan.
Cikgu Azizah meminta murid-murid supaya beratur dalam dua barisan.
Cikgu Azizah mempersilakan murid-murid beratur dalam dua barisan.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?