Search Header Logo

2022 WSSS Jenis-jenis E-mel Rasmi

Authored by nur 135

World Languages

7th - 10th Grade

Used 1+ times

2022  WSSS Jenis-jenis E-mel Rasmi
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

5 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 5 pts

Kamu merupakan salah seorang pelajar sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan Peringkat ‘O’ tidak lama lagi. Bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nasional itu, kamu dan rakan-rakan percaya bahawa pihak sekolah dapat membantu dalam merealisasikan impian ini.

 

Tulis e-mel kepada pengetua sekolah kamu. Dalam e-mel kamu, kamu dikehendaki menyarankan beberapa cara atau kemudahan yang perlu disediakan oleh pihak sekolah untuk membantu para pelajarnya supaya berjaya dengan cemerlang. 

Aduan

Saranan

Maklum Balas

Penghargaan

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 5 pts

Baru-baru ini, kamu telah membeli sesuatu dan meminta agar barang tersebut dihantarkan ke rumah. Syarikat yang menjual barang tersebut memberikan jaminan bahawa khidmat penghantaran yang disediakan merupakan khidmat yang terbaik. Walau bagaimanapun, pada hari barang itu diterima, kamu menghadapi masalah bersangkutan khidmat penghantaran yang diberikan. Barang yang diterima juga bermasalah.

Tulis e-mel kepada syarikat tersebut. Dalam e-mel itu, maklumkan masalah-masalah yang kamu hadapi dan sarankan cara-cara syarikat itu boleh meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Aduan

Saranan

Maklum Balas

Penghargaan

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 5 pts

Baru-baru ini, sekolah kamu telah menganjurkan Program Dwiminggu Bahasa Ibunda. Ketua Jabatan Bahasa Ibunda sekolah kamu telah meminta maklum balas daripada para pelajar tentang program tersebut. Kamu dapati kegiatan-kegiatan yang diadakan seronok dan bermanfaat. Namun, kamu juga merasakan bahawa masa yang diperuntukkan terlalu singkat dan bilangan pelajar dalam kumpulan juga terlalu besar.

Tulis e-mel kepada Ketua Jabatan Bahasa Ibunda sekolah kamu dan ceritakan pengalaman kamu mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Dalam e-mel kamu, terangkan juga beberapa perkara yang boleh diperbaik.

Aduan

Saranan

Maklum Balas

Penghargaan

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 5 pts

Baru-baru ini, basikal kesayangan kamu dicuri di koridor rumah kamu. Kamu telah melaporkan kecurian itu di balai polis. Kamu dapati pegawai polis di sana amat prihatin dan sabar mendengar aduan kamu. Dua hari kemudian, kamu menerima berita dari balai polis yang mengatakan bahawa basikal kamu sudah dijumpai dan kamu boleh mengambilnya di balai polis.

 

Tulis e-mel ke balai polis itu untuk menyatakan penghargaan dan perasaan kamu atas layanan baik yang diberikan semasa di balai polis tempoh hari dan tindakan polis yang cepat sehingga basikal kamu ditemui.  

Aduan

Saranan

Maklum Balas

Penghargaan

5.

FILL IN THE BLANKS QUESTION

1 min • 5 pts

E-mel rasmi biasanya ditulis untuk berurusan dengan (a)  

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?