
Kuiz Sintaksis (6ICT2)
Authored by Tira Ramli
World Languages
University
Used 18+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
10 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 5 pts
Yang manakah pernyataan yang benar tentang bidang SINTAKSIS?
I. Bidang yang mengkaji pembentukan ayat
II. Bidang yang mengkaji frasa, klausa dan wacana
III. Bidang yang mengkaji binaan frasa dan makna ayat
IV. Bidang yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Answer explanation
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji pembinaan ayat dari segi bentuk, struktur, dan binaan ayat
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 5 pts
Masih terdapat lima puluh orang pelajar di dalam dewan itu.
Frasa lima puluh orang pelajar dalam ayat di atas ialah
A. subjek
B. predikat
C. penerang
D. keterangan
Answer explanation
Subjek : konstituen/binaan dalam ayat yang menjadi judul (fokus)
Predikat: konstituen/binaan dalam ayat yang menerangkan subjek
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 5 pts
- menjadi unsur yang diterangkan
- menjadi judul dalam ayat
- terdiri daripada frasa nama
Pernyataan di atas adalah tentang
A. subjek
B. predikat
C. penerang
D. keterangan
Answer explanation
Subjek : konstituen/binaan dalam ayat yang menjadi judul (fokus) atau unsur yang diterangkan
Predikat: konstituen/binaan dalam ayat yang menerangkan subjek
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 5 pts
Pernyataan yang berikut benar tentang fungsi keterangan dalam ayat, kecuali
A. unsur keterangan dalam ayat bersifat tidak wajib
B. Kedudukan keterangan mesti selepas predikat ayat
C. Beberapa keterangan boleh hadir dalam ayat tunggal
D. Keterangan merupakan sebahagian daripada predikat
Answer explanation
ciri- ciri keterangan:
1) Keterangan merupakan unsur yang menerangkan
prediket dan biasanya berada di hujung ayat
2) Frasa hadir selepas predikat
3) Keterangan merupakan unsur yang menerangkan
frasa utama prediket
4) Keterangan boleh digugurkan
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 5 pts
Yang berikut benar tentang ayat, kecuali
A. Mengandungi makna yang lengkap
B. Dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
C. Mempunyai susunan subjek diikuti oleh predikat
D. Unit ujaran/ pengucapan yang paling tinggi dalam hierarki tatabahasa
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 5 pts
Pernyataan yang manakah yang benar tentang konsep klausa?
A. Binaan yang hadir dalam susunan biasa dan susunan songsang dalam ayat
B. Binaan yang mengandungi satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas
C. Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat
D. Unit pengucapan tertinggi dalam tatabahasa dan mengandungi idea yang lengkap
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 5 pts
Subjek + Predikat + Keterangan
Ayat yang manakah yang menepati binaan di atas?
A. Bapa saya masih belum ke kampung
B. Penyakit datuk makin hari makin teruk
C. Pokok bunga ibu belum bersiram sejak pagi
D. Buku di atas meja itu buku cerita kanak- kanak
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?