JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN
Quiz
•
World Languages
•
12th Grade
•
Practice Problem
•
Medium
NORLIZA Moe
Used 24+ times
FREE Resource
Enhance your content in a minute
10 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
20 sec • 1 pt
Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kita setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Mengapakah perkara ini berlaku? Punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot pada masa ini perlu diperhalusi supaya usaha-usaha untuk memajukannya dapat dijalankan dengan segera.
JENIS PUISI
JENIS UMUM
JENIS DEFINISI
JENIS SEJARAH
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
20 sec • 1 pt
“Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim. “Pergi kataku!” kataku lagi. “Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresak-esak menahan kesakitan. “Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi. Namun, Aminah sedar, sekeras-keras batu akan lembut juga apabila terkena titisan air. Aminah sedar akan sifat Pak Karim suaminya yang kerap membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa . Aminah juga sedar, sikap pemarah Pak Karim pada hari itu sungguh berbeza. Kemungkinan juga,suaminya mempunyai masalah pada waktu tersebut. Aminah tetap sabar dan terus mendiamkan diri selepas itu. Hatinya berkata-kata, “ Sabar separuh daripada iman, jika aku terus melawan tindakanku ibarat api dengan minyak akan terus menyala.”
JENIS DIALOG
JENIS LAGU
JENIS UMUM
JENIS PERIBAHASA
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
20 sec • 1 pt
Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media masa? Siapakah yang patut disalahkan, pengguna jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?
JENIS PERIBAHASA
JENIS PENDAPAT PEMIMPIN
JENIS PERSOALAN
JENIS SOALAN
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
20 sec • 1 pt
“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2016, sebanyak 1,531 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan di seluruh negara dengan 46 daripadanya melibatkan kematian sejak 2011 sehingga Mac 2016. Berdasarkan kajian, jelas menunjukkan isu penderaan kanak-kanak ini sangat serius dan pelbagai faktor penyebab berlakunya gejala ini .
JENIS UMUM
JENIS DEFINISI
JENIS PUISI
JENIS HADIS/AYAT AL-QURAN
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
20 sec • 1 pt
Allah berfirman dalam Surah Al-“Asr, “ Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Pengertian Surah Al-Asr ini amat bermakna kepada seorang pelajar, serta tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran untuk memastikan mereka mampu mengubah kehidupan keluarga untuk kebahagian kehidupan mereka pada masa mendatang. Justeru, sebagai seorang pelajar, mereka seharusnya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.
JENIS UMUM
JENIS PENDAPAT/KATA-KATA PEMIMPIN
JENIS SEJARAH
JENIS HADIS/AYAT AL-QURAN
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
20 sec • 1 pt
Burung yang berkicau
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang
Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?
JENIS LAGU
JENIS PUISI
JENIS UMUM
JENIS SEJARAH
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
20 sec • 1 pt
Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1) Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat terlibat dalam kemalangan. (AR2) Dari segi statistik pula, kadar kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang tertinggi di dunia. (AR3) Menurut statistik bagi tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015, sebanyak 20,458 kemalangan yang melibatkan 330 kematian telah direkodkan oleh Polis di Raja Malaysia (Statistik). Justeru, statistik berkenaan merupakan kejutan yang menakutkan kita sebagai masyarakat Malaysia. (AR4) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. (AA)
JENIS LAGU
JENIS PERIBAHASA
JENIS UMUM
JENIS DEFINISI
Create a free account and access millions of resources
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
By signing up, you agree to our Terms of Service & Privacy Policy
Already have an account?
Similar Resources on Wayground
10 questions
PKwu teknik pengolahan
Quiz
•
12th Grade
15 questions
MATEMATIKA
Quiz
•
1st Grade - University
10 questions
Quiz Bahasa Indonesia Kelas XII IPA/IPS PAC
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Seberapa tahu kamu tentang Jepang?
Quiz
•
1st Grade - University
14 questions
SYAIR BURUNG NURI
Quiz
•
1st Grade - University
10 questions
Quizizz Bahasa Indonesia 6
Quiz
•
12th Grade
14 questions
kuisku
Quiz
•
6th Grade - University
10 questions
SOAL EVALUASI KELAS III TEMA 1 SUB TEMA 3 PEMBELAJARAN 3
Quiz
•
8th Grade - University
Popular Resources on Wayground
10 questions
Honoring the Significance of Veterans Day
Interactive video
•
6th - 10th Grade
9 questions
FOREST Community of Caring
Lesson
•
1st - 5th Grade
10 questions
Exploring Veterans Day: Facts and Celebrations for Kids
Interactive video
•
6th - 10th Grade
19 questions
Veterans Day
Quiz
•
5th Grade
14 questions
General Technology Use Quiz
Quiz
•
8th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Circuits, Light Energy, and Forces
Quiz
•
5th Grade
19 questions
Thanksgiving Trivia
Quiz
•
6th Grade
Discover more resources for World Languages
28 questions
Ser vs estar
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
-AR -ER -IR present tense
Quiz
•
10th - 12th Grade
22 questions
Regular Preterite -AR-ER-IR-
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Preterite vs. Imperfect
Quiz
•
9th - 12th Grade
25 questions
Preterito regular
Quiz
•
10th - 12th Grade
20 questions
Spanish Subject Pronouns
Quiz
•
7th - 12th Grade
20 questions
Definite and Indefinite Articles in Spanish (Avancemos)
Quiz
•
8th Grade - University
18 questions
REFLEXIVE VERBS IN SPANISH
Quiz
•
9th - 12th Grade
